Sabtu, 17 Oktober 2020

2 SUMANDAK MENDAKI GUNUNG TRUSMADI WAYAN SINUA, SOOK ( 3H2M PART 3 )

HARI KETIGA ( PENDAKIAN DARI CAMP2 MENUNJUK KE PUNCAK )


Seawal jam12 tengah malam kami mempersiapkan diri dengan hanya mengunakan lampu sulu masing-masing.kami dua telah membawa makanan ringan seprti chkolat , nabati roti oreo & nasi panggang yang kami telah panggang kan.sebelum memulakan perjalanan kami dua serapan  air panas & roti sahaja sebab kami telajak tidur.kumpulan yang lain dorng serapan mee goreng & nasi goreng .Dalam hati saya mesti tidak sampai puncak ini ialah sebelum puncak pertama sekiranya pendaki belum sampai dalam jam3 pagi confom puncak kedua tidak akan dibenarkan menerusi perjlanan, tidak di galakan . Sebab Trusmadi ada 3 puncak sekiranya mahu sampai tower kena jalan lagi 300m.


|
Gelap-gelita sahaja kena nampak


Untuk pengetahuan pendakai sebelum naik ke puncak hanya barang keprluan sahaja di benarkan bawa ke atas seperti air dan baju hujan ,makanan ringan boleh bawa naik keatas untuk menambahkan tenaga sekiranya merasa lapar.Barang lain tinggalkan sahaja di Base Camp2.Tidak juga hilang sekiranya kena tingggal Base camp 2. Saya galakan kamu bawa jaket,sebab bila sampai di atas puncak itu sejuk dia tidak boleh bawa bincang biar pun agin-angin yang membuai manja,tapi bergantung kepada pendaki juga mahu bawa jekit atau pun tidak.Saya ada bawa jekit juga sampai puncak baru saya pakai sebab sejuk sekali.Lagi satu semasa pendakian  dari Base camp 2 ke puncak saya tidak benarkan kamu memakai jekat sebab dalam perjlanan berasa panas, keluar peluh dia.dia mengagu pernafasan semasa naik atas asik2 pengang baju sahaja.  Ini penting lah jangan pakai jaket semasa naik ke puncak .

Dalam jam1:30 pagi kami kami semua berkumpul, selepas sesi taklimat daripada Guide,kami memulakan bacaan doa sebelum memulakan pendakian.Setiap kumpulan ada guide untuk guide kumpulan sampai puncak.



Cuma Lampu Sulu Sahaja Yang Nampak.kami mula mendaki dari camp2 ke puncak

Pada permulaan pendakian saya sarankan telefon camera semua simpan dan target kamu adalah puncak 1, 2 dan 3.Perjalanan dalam pendakian agak mencabar semasa mendaki cabaran pasti tidak di rasai kerana keadaan jalan agak gelap,kamu hanya fokus di depan.Sekiranya kamu kekurang nafas semasa kamu mendaki kamu harus berehat 1 minit dan memulakan perjlanan.Jangan akrib berehat semasa mendaki, tunduk kepala mengadap ke depan dan mulakan perjlanan pendakian sebab bila kamu buat tunduk kepala semasa pendakian,kamu tidak rasa penat,kurang nafas,rasa naik atas bukit itu sekejap sahaja.Pastikan kaki kamu melangkah yang kecil semasa memanjat akar-akar,jangan ambil langkah yang besar semasa memanjat kerana kamu sedang memaksa musle kamu berkerja dan boleh menyebabkan tapak kaki dan betis kaki kamu rasa sakit.Lain daripada yang itu jangan malu untuk berhenti jika anda letih ,ia tentu sahaja keupayaan untuk mendaki tidak seperti orang-orang yang terbiasa mendaki, jadi anda tidak perlu malu untuk mengatakan letih dan meminta jeda. Daripada dipaksa sebalikanya ia tidak baik.


Semasa kita berehat,mestilah kita makan makanan yang kita bawa untuk mendaki sampai puncakkan. Di sini saya kasi tahu, janganlah kita membuang sampah di dalam hutan biarpun itu sampah tidak besar mana pun seperti plstik gula-gula kasi masuk sahaja dalam beg yang kita bawa itu.Lebih baik jika sampah yang kita ada itu bawa sahaja turun kebawa.

Perjalanan dari camp2 ke puncak 2 kami melalui perjalnan yang sangat inda sekali dengan cebaran-cebaran akar-akar pokok, di sini juga pelbagi periuk kera.Tapi ini saya ambil photo semasa turun ialah bila kita mendaki ke puncak 2 kita tertumpuh bilalah sampai. Sampaipun periuk kera disiring kanan kiri semasa medaki tidak kena pandang sudah telampau tuduk bila sampai puncak😂


                                               
                                                     Periuk Kera dia macam-macam Bentuk😍😍
                                                    Bila kamu turun baru akan nampak peruk kera



   

Periuk kera yang besar. Siapa tidak pernah namapk sebelum ini.Datang sini.




Periuk Kera bentuk dia akan mati






Selain Periuk Kera.Kita boleh nampak bunga Hutan dalam ini





Bunga Tumbuh Dalam Akar Pokok😍😍






Periuk Kera bila dia akan berjuntai. Nampak Cantik Sahaja


Pasal musuh PACAT😂😂 jangan kamu risau sebab dari camp2 ke puncak ia adalah bebas pacat 100%. Semasa kami mendaki keadaan cuaca agaklah cerah juga biarpun ada gerimis sikit-sikit. Tapi tidak mengahalang kami sampai ke puncak. Disini dari camp2 menunjuk ke puncak saya pakai kasut ADIDAS KAMPUNG  sudah. Ini kasut saya pinjam dengan guide kami dan dia tolong carikan saya kasut untuk sampai puncak ialah sampai puncak itu kasut yang beikat dengan tali rupiah tidak akan tahan sudah.

Dalam perjalan , Kami dua balik-balik tanya dengan guide kami,Dekat Sudahkah Sampai, Berapa Jauh lagi. Jadi jangan ikut perngai kami balik-balik bertanya sama itu guide😂sebeb pertanyaa ini akan mempengarui perjalnan kamu, bila guide kami jawap pertanyaan kami dua ia mahu dekat sampai sudah,jalan punya jalan tidak pandi-pandi sampai puncak😂Tapi guide kami bagi kami kata-kata semangat juga dengan ayat bgitu. Hencomboy guide kami dua ini sampai kami dua sampai puncak bah😂

Syukur tepat jam5:30 kami sampai puncak juga. Di sini kami dengan team dari semanjung, dorang yang sampai dari kami lah. Sampai puncak kami dua dengan kawan-kawan yang lain merasa 3 view dari sini Matahari Terbit, Awan Kapet dan View Gunung Kinabalu.Cantik sekali pemandgan dia sini.Sejuk dia pun boleh kasi beku ikan lagi😂😂Kami dengan team dari semanjung lain kami sampi puncak ke-2 sahaja. Tidak sampai ke puncak-3, pendaki yang sampai puncak 2 kira berjaya tawan gunung trusmadi sudah. Jadi kamu jangan risau ya sekiranya kamu tidak sampai ke puncak-3. Enjoy Your Trip dan jangan malas ambil gambar kita mungkin tidak ada peluang untuk mendaki lepas ini.


                                        
                                            Cantiknya View Dia😍Hialng Penat Mendaki



View Gunung Kinabalu.Cantik Sangat



Cantikanya Awannya
😍😍


Nampak itu View Di Belakang Bukan Kaling-kaling.Bersama Dengan Guide kami yang baju hijau dan Guide Team Semanjung



Nah😂😂Orginal sabahan puna muka.Muka semula Jadi.Putih-putih gt2




Suhu Kesejukan Gunung Trusmadi



Ini masi kebal lagi badan.pakai baju pendik.pdhal sekjap sahaja.sebab telampau sejuk



Bersama-sama dengan Team dari semanjung



Yang saya pernah bilangkan bertua kami dua jumpa dengan guru taekwondo & Karate malaysia yang seblah kanan saya ialah Saha dan Nisha Alagasan dan sebelah Kiri saya pula tawan Gunung Everst yang pertama dari Malaysia




Disini kami bergambar semua dengan kmpulan yang lain cuma di sini ada dua orang sahaja yang sampai puncak.yang lain masi di bawa lagi




Ini bersama dengan Guide Kami & Dua orang dari kumpulan dari dari kota kinabalu.Dorg kasi tinggal kawan dorng di belakang



Tempat Yang sama juga.Cuma stail Yang berbezalah



cantiknya Matahari

Awan-awan diawal pagi


Dalam Jam7;00 pagi mahu bertolak  ke camp2.Di sinilah kami banyak membuang masa.Banyak masa yang kami buang disini.ialah siang sudah jalan pun kita sudah nampak yang kita mendaki sampai puncak. Bila melihat kembali jalan yang kita mendaki seperti kita tidak percaya bahawa ini jalan laluan yang lalu tadi pagi2 mendaki. Dengan melalui akar-akar yang banyak,memanjat kayu-kayu. Bila mahu turun itu rasa tidak sangup mahu turun sudah befikir 100%.Kalau ada sayap sudah dibelakang boleh sahaja terbang sampai camp2 tidak lah melalui jurang akar yang banyak.


                                                  
        Mencabar Tidak Terkata Sudah. Kalau ada sayap di belakang ini mahu terbang sahaja sudah




Laluan Tangga.Kawan Saya Di depanpun Meranggak Sudah 😂😂


Dengan melalui jurang akar-akar kami pun sampai di camp2 dalam sekitar jam10 pagi itu pun masa turun macam mahu terbang badan sudah😂😂kami bnyak membuang masa semasa turun balik,bcerita tidak habis-habis,balik-balik kami mahu rehat😂😂phdal turun bukit sudah. Sampai di camp2 kami terus tembus mandi. Selesai kami mandi,kami pun masak makanan tgahri sebelum kami bertolak balik ke camp1. Di sini kamu kasi habislah makanan kamu supaya kamu  balik turun camp1 tidak berasa lapar. Memandangkan makanan kami dua banyak lagi macam makanan 1 minggu di hutan😂😂tidak pandai habis-habis,kami bagilah makanan kami dua dengan guide kami untuk dia makan.Bagus guide kami,apa kami bagi mkanan dengan dia,dia tidak tolak,ambil sahaja.


Selepas kami dua siap makan dan kemas barang untuk dibawa boleh guide, untuk barang kami bawa sendiri.Kami pun memulakan perjalanan kembali ke camp1 dalam sekitar jam2 petang sudah. Kami terget sampai ke camp1 dalam sekitar dalam jam5:30 petang begitu sebab kami terus balik ke keningau tidak tidur sudah di camp1.Disini pun kami balik-balik rehat.banyak rehat kami disini.

Ingat dalam perjalanan balik ke camp1 kami melalui musuh ketat kami ialah PACAT. Jangan bilang tiada pacat sudah ya.ada pacat dan saya masi lagi pakai kasut ADIDAS KAMPUNG balik ke camp1. Lagi satu semasa balik ke camp1 lajukan langkah untuk mengelakan musuh PACAT . Ada juga pacat gigit di kaki kami tapi tidak peduli sudah sebab mahu cepat sampai di camp1 kan😂mahu cepat sampai keningau.

Tepat dalam jam5 petang kami pun sampai di jembatan dan tunggu kereta ambil kami bawa ke camp1. Kira lama juga kami rehat tunggu kereta di jembatan.Dicamp1 kami ambil barang kami dan bawa masuk di kereta kami letak di belakang. Di camp1 kami tidak lama berehat,kami cuci kaki dan saya bagi kasut yang saya pinjam kepada guide kami itu. Dalam sekitar dalam jam5:50 kami dua pun bertolak ke keningau. Dengan memandu kereta dua-dua kami pandi bawa kereta jadi kami main ganti-ganti bawa kereta yang kami bawa ke sinua. Dikeningau kami pun sampai dalam jam8 malam sudah.😴 Dengan pengalaman yang kami ada bolehlah membantu kepada pendaki yang lain.Esok harinya kami bagun seperti biasa tiada sakit-sakit tapak kaki.

                                       
                                            Kami Tunggu Guide kami.Dia isi air Di sungai



Terah😂😂😂 Kasut saya Adidas Kampung yang guide kami ksi pinjam😂


Syukur pada Tuhan sebagai anak Sabahan jati Dibawa Bayu kami dua pun telah menawan  puncak Gunung Kedua Tertinggi di Malaysia. Saya sudah mendaki anda bila lagi???Jangn kasi lama😊😊



Syukur kejayaan dengan kenangan Tahun 25 JULY 2020. Sijil ini hanya layak dimilki  jika kamu berjaya menawan Gunung Trusmadi sampai ke puncak. Kami bisa menanwan gunung Trusmadi,kamu pun boleh Menawan



Terima kasih Rizal👍👍Kamu telah mencriahkan perjlanan kami dua dari Camp1 sampailah ke puncak.Sampai lah balik kebawa camp1.Biarpun berat beg kami boleh tahan juga berat dia bawa😂



perjalanan yang indah😍😍





                                                                                         By: Jyulia Chkolat






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CERITA HUAMULAN

  HUAMULAN LIU CHU XUAN/CAESAR Ini movie salah satu saya suka tengok juga. Berulang kali saya tengok ini movie. Saya sudah tengok kamu bila ...